Monday, December 3, 2012

                     Tiada yg mustahil jika kita berusaha untuk mendapatkan sesuatu yg kita impikan, dan agak mustahil jika kita mengambil ringan dengan apa yg kita impikan. Semua manusia akan ada impian masing-masing, ada yg mengimpikan mempunyai kereta sport, ada yg mengimpikan mempunyai isteri yg cantik, ada yg mengimpikan mempunyai pekerjaan yg bagus, ada yg mengimpikan membawa mak ayah ke mekah satu hari nanti , dan itu semua impian masing-masing. Yaaa, anda semua pasti terfikir bagaimana ingin mencapai impian yg besar kn?? Mohd Amirulnizam bin Amiruddin akan menjelaskan beberapa tips yg anda boleh lakukan :

1) Tanam dalam fikiran dan hati impian yg anda inginkan. Tidak kisah besar atau pun kecil, akan tetapi jika itu impian yg anda inginkan, jgn sesekali buang dari fikiran dan hati anda.

2) Jangan sesekali berputus asa dengan apa yg anda lakukan nescaya usaha yg anda lakukan itu akan membuahkan hasil.

3) Jangan takut utk membuat perubahan.

4) Sentiasa berfikiran positif. Jangan sesekali berfikiran negatif dgn apa yg anda lakukan .

5) Berdoa dan tawakal dgn apa yg anda lakukan. nescaya doa akan di makbulkan jika anda sentiasa berdoa kepadaNya.

6) Jangan sesekali katakan MALAS, TIDAK, BOSAN dgn apa yg anda lakukan. nescaya setiap perkataan yg anda sebut merupakan doa .

dan yg terakhir

7) Jangan sesekali tinggalkan yg wajib anda perlu lakukan iaitu Sembahyang. jika anda sudah berjaya jangan sesekali anda lupa utk menunaikan rukun islam.  Apabila anda sudah berjaya, jangan sesekali lupakan pengorbanan ibu bapa anda yg sudah membesarkan anda dgn penuh kasih sayang.    

Akhir kata dari saya, impian kita juga impian ibu bapa kita.. sudah pasti ibu bapa kita inginkan anaknya berjaya . Oleh itu, ambil peluang ini utk perbaiki diri anda.. sekian.. Assalammualaikum.

No comments:

Post a Comment