Assalammualaikum para sahabat .. dah lama sgt lah aku tak update blog aku ni kn? harap cuti sekolah minggu ni memberi kepuasan bahagia bersama keluarga tercinta :) ..
Ada setengah keluarga, cuti-cuti ni langsung tak kemana2 cuma duduk rumah je, ada jgk yg keluar berjalan, ada jgk yg melancong ke negara luar, semua nya sudah di takdirkan oleh Allah S.W.T .. redha je la ye yg tak pi mana2 tu hekhek... yg pergi melancong ke luar negara tu seperti Indonesia, Australia, Thai, Japan, Europe, dan pelbagai negara , jaga keselamatan masing2 k.. hm
Sebenarnya apa yg ingin aku kongsikan kepada para pembaca ialah PERANAN IBU BAPA... Ye, seperti yg semua org tau bahawa peranan ibu bapa sgt sgt sgt lah penting, dan sangat lah tinggi. Mana taknya, takkan adanya kita tanpa ibu bapa kita dengan ke izinan dari Allah S.W.T. Kita ni sebagai anak yg soleh ( soleh or tak tu kita tetap anak kepada ibu bapa kita k ) ,haruslah sentiasa taat dan tidak menzalimi kedua ibu bapa kita.. ini kerana, syurga kita akan terbuka dgn kepatuhan dan ketaatan kita kepada ibu bapa kita.
Okeyh,?? Peranan ibu bapa ada banyak, tp aku hanya akan kongsikan yg mana perlu bagi aku ye kwn2.. Peranan mereka seperti berikut,, jeng jeng jeengggg...
1) Tidak mengaibkan atau memperlekehkan anak sendiri ..
> haaa,kenyataan yg ni org kita mmg selalu mcm ni.. sbg cth k ..
@ Kak Ton : Kau tau tak Limah, anak aku tu pemalas btoi, lgsg xnk bce buku , asyk dgn hp jerk geram aku aih
@ Kak Limah : Sama la dgn anak aku , Ton oi, anak aku tu bkn stakat pemalas jerk, dia tu asyk keluar je smpai tgh2 mlm baru nak balik, x phm aku bdk zaman sekarang.
> lihatlah perbualan antara kak Ton dgn kak Limah, masing2 mengaibkan anak sendiri, masing2 memburukkan anak sendiri .. Percakapan itu kn satu doa, kepda ibu bapa yg pernah berada di tempat kak Ton dan kak Limah ni, udah2 ler ngata anak sendiri, darah daging jgk tuh.. :) .
2) Menjaga anak-anak dgn seikhlas hati..
> faham kn?? tp ada tersirat dlm ayat ni ,, mari lihat perbualan ni ..
@ Pak Pitbull : AKU DAH BELIKAN SEMUA, APA LG TAK CUKUP?? AKU DAH JAGA KORG 23 TAHUN, APA LG TAK CUKUP? SEMUA DAH AKU BG, SATU PUN AKU TAK MINTA
@ Anak : Perlu ke abah ungkit semua ni? a'ah, mmg abah dah jaga 23 tahun, tp tak pernah jaga seikhlas hati,, asyik nk mengungkit je, yg bkn salah kitorg pn abah nk ungkit.. (dgn nada sedih)
> na na naaaa, jgn mcm ni ye kwn2,, nk marah anak bkn mcm ni yg Rasulullah S.A.W ajar kan pada kita.. Teguran yg plg berkesan adalah teguran yg di mulai dgn bismillah dan menegur dgn lembut.. anak3 ni ikut ibu bapa dia,, kalau ibu bapa jenis mengungkit, jenis marah ikut suka je,, anak pun mesti ada yg mcm tu,, kita sbg ibu bapa harus tunjukkan teladan yg baik..
3) Jangan bawa masalah kerja or luar masuk di dalam rumah.. (mangsanya anak2 juga)
>lihat perbualan di bawah ye ..
@ Pak Undertaker : hmmmmmmmmmmmmmmmmmm,, (balik rumah dgn muka masamnya dgn masalah kerja, biasa la undertaker mana ada muka manis hehe )
@ Mak Peah : knp ni bang taker???
@ Pak Undertaker : brg2 kt opis tak angkut semua, lembap btol diorg buat kerja, tambah2 si budak 2 ekor tu si John Cena dgn si The Rock..
@Mak Peah : owh..
@Anak : Mak,, nak duit,, nak tgk wayang..
@Mak Peah : takda duit dah.
@Anak : oww.. abah, nak duit,, nak tgk wayang..
@ Pak Undertaker : KAU LG SORG, TAK HABIS2 MINTA DUIT, BELAJAR DAH LA MALAS. MAK KAU PUN SAMA JE.. SEMUA BENDA TAK KENA, ALONG KAU SANA PUN BYK GUNA DUIT, , AKU NI COP DUIT KORG??
perghh,, tp rasanya silap anak jgk sapa suruh minta masa darah bapak dia naik mendadak sampai mencecah 360celcius hekhekhke... tp yela, kalau masalah kerja ni kdg2 sampai ke rumah di bawanya kn?? tak elok la mcm tuh, .. chill la bro :)
Tu je lah yg ingin aku kongsikan kepada para pembaca .. hope dapat memberi pengajaran ye .. jika ada salah sebut ke, atau segala kesalahan, harap di maafkan ya :)
Assalammualaikum...
~NiZam~
~NiZam~